Video Pra Latihan Empowerher Bina Kepercayaan, Kepuasan & Pelanggan Setia
13 Ogos 2026 | Aktiviti TerkiniPada 12 Ogos 2026, seorang peserta telah menyertai Webinar NADI Keusahawanan yang bertajuk Video Pra Latihan Empowerher: Bina Kepercayaan, Kepuasan dan Pelanggan Setia. Program ini telah dilaksanakan bagi memberi pendedahan kepada peserta mengenai kepentingan membina hubungan yang baik dengan pelanggan dalam perniagaan.
Peserta didedahkan kepada strategi meningkatkan kepercayaan dan kepuasan pelanggan melalui komunikasi yang baik, perkhidmatan berkualiti serta layanan yang konsisten. Sesi ini turut menekankan kepentingan memahami keperluan pelanggan bagi membina hubungan jangka panjang dan menggalakkan pelanggan untuk terus memilih produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.
Program ini diharapkan dapat membantu peserta meningkatkan kemahiran pengurusan pelanggan serta membina perniagaan yang lebih dipercayai dan berdaya saing.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: